Rabu, 26 Februari 2014

Akhirnya, S'gor dapat kawalan industri air

Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah
RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.  http://www.malaysiakini.com/news/255477

Tiada ulasan:

Catat Ulasan