Khamis, 27 Februari 2014

Usrah Dan Jamaah

28.2.2014

Usrah Dalam Jamaah PAS..

Kena kembalikan Usrah era 80an dulu..Ahli jemaah yang dah agak mantap sikit tu kena taskil kaw-kaw sikit ...Gasak baik punya...walau dalam soal2 peribadi... bagi jiwa tu kental sikit dan tahan diuji...Sebab sekarang ni usrah dimana2 pun buat tapi walau ahli yang dah lama duduk usrah pun bila kena tegur sikit dah kecik hati, patah semangat, berubah air muka, bermasam muka kerana tak tahan. Yang biasa duduk dalam usrah era 80an dulu kalau bertekak dalam mesyuarat ke atau kat manapun kena bedal, kena tegur.... relax je....boleh senyum lagi. Lepastu esok tengok dah sembang gelak2 kat kedai kopi...Sekarang ni yang jadi pimpinan pun memuncung bibir sampai ke pagi boleh sangkut payung pasai kena tegur malam tadi walau dek ahli biasa ...Itu tu yang usrahnya tak macam era 80an lah tu....

Ahli Dan Orang Biasa..

Ahli bawah apa lagi... orang biasa....standard orang kampung, sekolahpun tak tinggi mana. So bila berpandangan dan berhujah bahasa main lepas ikut standard diorang jugak le. Tatabahasa usah dok kiralah. Air liur habis bersembur merata. Dah kalau yang bertaraf ustaz dan yang bertaraf professional pun boleh berkecik hati, terasa hati, main tersinggong2 pulak dengan ahli biasa yang kat bawah ni ...apa barang?

'Iklim Kita'

Tu masalahnya dalam 'iklim' orang tempat kita dalam negara ni....Orang kat atas, pemimpin2 kalau nak ditegur atau dikritik oleh orang bawah dia mesti lembut2, bahasa mesti cantik, ayat mesti manis....Apa jaaadah??!! Namapun ahli biasa orang bawah...dah tentu bukan semua ada pelajaran dan bersekolah tinggi atau pernah belajar kat universiti. Takkan nak samakan dengan orang atas yang punya ilmu dan berpelajaran tinggi..Itu pun yang berpelajaran tinggi pun berhujah dan berpandangannya kekadang kita tengok takde isipun, teruk lagi dari hujah orang bawah, ahli biasa tu.

Kelebihan...

Lupa kot....? Manusia ada kelebihan tertentu yang kekadang Allah taala bagi kat tiap orang. Mungkin tak tinggi mana ilmunya pada standard yang manusia nak tetapi Allah beri kelebihan pada dia dapat menyelami dan merasahi sesuatu yang tak dapat dirasai oleh orang lain. Allah yang campakkan ilham tu pada dia mungkin kerana keikhlasan dan kesungguhan dia dalam mengambilkira hal ehwal orang lain dan masyarakat sekeliling. Sebabtu bila seseorang tu meluahkan sesuatu jangan potong gitu je kerana konon standard dia tak tinggi mana. Takut2 ilham tu dari Allah melalui dia tapi kita tolak mentah2 gitu je....Lepastu siap berkecik hati, terasa, malah berdendam pulak kat dia...mungkin...! bukan mustahil...Namanya manusia, orang melayu...Tapi dalam jamaah kita diharap itu tidak pernah berlaku...di dalam organisasi yang lain barang kali.

Ibu..

Kerana itu kalau ada para ibu yang apabila terlalu mengambilkira dan ikhlasnya dia dalam menjaga hal ehwal dan kepentingan anak2 dan keluarga dia maka ibu2 ini Allah berikan kelebihan special kat dia iaitu dia dapat merasai sesuatu yang tak kena terjadi atau bakal terjadi kat anak2 serta keluarganya. Perasaan tak sedap hati yang bukan dibuat2. Hatta ibu yang punya bayi dapat merasakan yang bayinya sedang lapar di rumah tanpa sesiapa memberitahunya....Itu hebatnya Allah beri pada dia.

Kerana itu...

Kerana itu hatta seseorang itu menjadi pemimpin sekalipun kerana kerana ilmu di dadanya tetapi kerana tiada sikap kasih sayang dan tanggungjawab serta terlalu mengambilkiranya akan dia terhadap kepentingan orang lain melebihi kepentingan dirinya sendiri maka Allah taala tidak akan berserta dengannya di atas setiap keputusan yang dia buat. Bila berhujah pun hujahnya bukannya dari Allah, begitu juga bila dia berpandangan dan mengeluarkan pendapat. Allah tidak akan membuka hijabnya pada perkara dihadapan dalam keputusan yang pemimpin itu buat...Akhirnya keputusannya tidak tepat malah menyalahi keperluan. Yakinlah!

Specialnya Muhammad Dari Nabi Yang Lain..

Baginda Nabi Muhammad termulianya baginda daripada sekelian nabi2 yang lain ialah kerana sikap baginda yang terlalu kasihnya baginda pada umatnya dan terlalu berjaga-jaganya baginda terhadap kepentingan umat baginda melebihi kepentingan diri baginda sendiri. Kerana itu kemuliaan baginda diangkat terlalu tinggi oleh Allah.

Sesekali muhasabah sesama jamaah di pagi jumaat ini..!


M.Lokman Yasin

Rabu, 26 Februari 2014

Hari Kedua Kursus Dan Penutup




























Akhirnya, S'gor dapat kawalan industri air

Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah
RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.  http://www.malaysiakini.com/news/255477

Kursus Pembinaan Blog Anjuran Pejabat Daerah Petaling

JKKK Paya Jaras Dalam menghantar tiga wakil daripada ahli AJK menyertai kursus selama dua hari yang bermula dari 26 sehingga 27 Febuari 2014.