Inventori Kemudahan Awam

Kemudahan Asas Ibadah.
Surau al Kasaniyah Lot 3047.





Surau Al Kasaniyah adalah sebuah surau yang dapat menampung jemaah seramai 200 orang dalam satu masa.

Sejarah asal surau ini adalah dari sedekah wakaf oleh hamba Allah dengan panggilan Wak Kasan. Ianya terletak di atas tanah beliau di lot 3047 dan telah diwakafkan kepada penduduk kampong.

Pentadbiran surau ini adalah yang dipilih dikalangan penduduk kampong dan di tauliahkan serta dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Surau ini telah dihidupkan dengan aktiviti majlis ilmu sebanyak empat kali/malam setiap minggu, termasuk bacaan Surah Yasin oleh jemaah dari anak qariah pada setiap malam Jumaat. 


                                                        Masjid Al Huda  Kg. Paya Jaras

Masjid Al Huda Paya Jaras sebuah masjid yang terdiri dari enam kariah/kampong, iaitu Kg Paya Jaras Hulu, Kg Paya Jaras Dalam, Kg. Paya Jaras Tengah, Kg. Paya Jaras Hilir, Perumahan Subang Suria, dan Perumahan Subang Hijauan. 

Ianya terletak dalam Kampong Paya Jaras Tengah. Bangunan masjid ini keluasannya adalah 8,100kaki/persegi, dengan ruang solat yang bolih memuatkan jemaah seramai 800 orang dalam satu masa.

Masjid Al Huda ini ditadbir oleh seramai tujuh orang Pegawai Masjid dan 14 orang ahli jawatankuasa.
  
















                                                                         
                                                Balairaya JKKK Kg. Paya Jaras Dalam
           
Balairaya JKKK Kg. Paya Jaras Dalam telah dibina pada tahun 2009. Ia dibina dalam era pemerintahan negeri oleh Pakatan Rakyat di atas tapak tanah PT517 bersebelahan Lot 3231 Kg. Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh dalam Daerah Petaling, Selangor.

Sebelum ini tiada balairaya yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Hanya terdapat sebuah dewan orang ramai yang dibina atas tanah persendirian dengan dibiayai permulaan pembinaannya oleh beberapa orang perseorangan, dan dewan orang ramai itu adalah lebih bersifat kepartian iaitu dewan untuk parti UMNO.

Setelah berlaku peralihan kuasa pemerintahan negeri kepada Pakatan Rakyat, dewan tersebut tidak dapat digunakan atas alasan hak persendirian. Dengan adanya balai JKKK yang dibina atas usaha Pejabat Daerah & Tanah Petaling ini, dapatlah digunakan oleh semua golongan masyarakat kampong tidak mengira fahaman politik dan boleh diambilalih oleh mana-mana parti yang memerintah pada masa depan.






Tadika PASTI Darul Furqan

Pusat Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah taman didikan kanak-kanak yang memasuki  alam persekolahan formal. Pusat ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang berlamat di Lot 3233, Kampung Paya Jaras Dalam. Bangunan ini adalah disewa daripada individu penduduk kampung ini juga, yang memiliki bangunan di atas tanah lot tersebut.

Ia dapat menampung pelajar seramai seratus lima puloh orang. Pusat ini lebih menitik beratkan pembelajaran Islami disamping mendidik anak-anak secara pendidikan formal sebelum memasuki alam persekolahan.

Ia sangat alternative kepada kemudahan asas pra persekolahan kepada penduduk dalam kampong dan kampong sekitarnya untuk menghantar anak-anak mereka.

Pada tahun 2013 ini pelajar yang berdaftar adalah seramai seratus dua puloh orang, yang mana terdiri dari pelajar tahun empat, lima tahun dan enam tahun.

Pusat asuhan ini mempunyai seramai lima orang guru yang memebimbing anak-anak yang dihantar di sini.










KEMUDAHAN ASAS SUKAN DAN REKREASI.


Taman Permainan Kanak-kanak Lot 3153




 
Gelanggang Takraw Lot 3232

Gelanggang Takraw Lot 3126







Gelanggang Volleyball Lot 3232



Tiada ulasan:

Catat Ulasan