* Kampong Paya Jaras Dalam, Mukim Sungai Buloh telah dibuka pada tahun
1935, dan telah ditadbir oleh enam orang Ketua Kampung yang juga sebagai
Pengerusi JKKK dan bergelar Tok Empat.
* Mereka yang telah berkhidmat dan yang sedang dalam perkhidmatan adalah
seperti berikut:-
Bil. Nama Tahun
Khidmat.
1. Tuan Haji Abd Rahman bin Hj Sulaiman Tahun
1935 > 1942
2. Tuan Hj Salleh bin Kadir Tahun
1942 > 1951
3. Encik Mohd Yusof bin Subari Tahun
1951 > 1994
4. Encik Mat Sarif bin Jalal Tahun
1994 > 1998
5. Encik Abdul Rahman Tahun
1998 > 2004
6. Encik Azmi bin Yatim Tahun
2004 > 2008
7. Encik Mohd. Jafri bin Surin Tahun
2008 >
* Kampung Paya Jaras Dalam adalah salah sebuah dari empat buah kampung
dengan nama Paya Jaras, yang lainnya iaitu; Kampung Paya Hulu, Kampung Paya
Jaras Tengah dan Kampung Paya Jaras Hilir.
* Kampung Paya Jaras Dalam juga adalah salah sebuah diantara sembilan
penempatan dalam Zon 23, Mukim Sungai Buloh 1, Kg. Paya Jaras Hulu, Kg. Paya
Jaras Tengah, Kg. Paya Jaras Hilir, Kg. Kubu Gajah, Kg. Merbau Sempak, Kg.
Sungai Plong, komuniti India RRI dan Komuniti Ladang Elmina.
* Lokasi Kampung Paya Jaras Dalam adalah pada jarak 24 km melalui jalan
persekutuan iaitu antara Bandaraya Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.
* Kampung Paya Jaras Dalam mempunyai penduduk yang berbilang etnik yang
keseluruhannya seramai 4,050 orang dengan keluasan kawasan tanah seluas 243
ekar. Bilangan rumah yang terdapat dalam kampung adalah sebanyak 972 unit rumah
mengikut bancian pada tahun 2011.
* Kampung ini juga memiliki kemudahan asas seperti surau, balairaya, pondok
telefon awam, bekalan elektrik, bekalan air, jalan tar, kedai runcit dan kedai
makan. Sebagai tempat riadah, kampung ini juga mempunyai padang permainan
kanak-kanak, padang sepak takraw dan bola tampar, ia juga terdapat sebuah taman
asuhan kanak-kanak.
* Kampung Paya Jaras Dalam adalah termasuk dalam qariah Masjid Al Huda yang
masjidnya terletak dalam kampung Paya Jaras Tengah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan